Monday 23 May 2011

pancing d' kelong

Ingin memancing sambil bersantai? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. Terletak di penghujung Benua Asia , diantara tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia, ianya menjanjikan pemandangan yang indah di mana letaknya berhampiran dengan laluan kapal dagang yang paling sibuk dari seluruh dunia. Terdapat banyak kapal dagang berlabuh sementara menantikan masa untuk menuju ke destinasi masing-masing termasuklah ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan  Pelabuhan Singapura.

Pusat Memancing "Ala Kelong" Maswira ini terletak di Mukim Serkat, Pontian, Johor. Anda perlu  menaiki bot kira-kira selama 15 minit dari jeti nelayan Pengkalan Penghulu Serkat sebelum tiba ke kelong ini. Tandas  yang selesa serta 4 buah bilik rehat menjadikan kelong ini sesuai untuk seisi keluarga.

Pada waktu malam, lampu berbekalkan kuasa generator disediakan. Anda juga boleh cuba mendapatkan umpan segar seperti sotong dan anak ikan menggunakan tangkul yang sesuai digunakan pada waktu malam. Kalau kena pada musimnya, puaslah anda makan sotong dan udang geragau. 

Bagi yang ingin memasak, terdapat dua buah bilik memasak disediakan lengkap dengan segala peralatan dapur. Anda hanya perlu membawa bahan mentah seperti beras,tepung gandum, telur, bawang, ikan bilis, gula dan teh.Kalau nak senang, bawalah mi maggi.

Anda disarankan membawa umpan pumpun, udang hidup atau anak belanak hidup serta mana-mana yang anda fikirkan perlu. Yoyo juga boleh digunakan kerana jika kena pada airnya, banyak tamban dan anak selar di sini. Batu ladung dan mata kail juga kena bawa lebih sebab banyak kawasan karang yang dah "menjadi" di sini.

Sekiranya berminat, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu melalui EN AFIS di talian 013-7909789 kerana dikhuatiri sekiranya anda terus datang mengejut dan Kelong Maswira telah penuh, kami tidak dapat menghantar  anda ke sana. Perjalanan ke Kelong Maswira juga berpandukan air pasang surut dimana anda perlu mandapat kepastian daripada En Afis bila waktu bot boleh bertolak ke kelong. Jika anda terlewat dan air sudah surut, anda terpaksa menunggu lama untuk air pasang semula.

- Bayaran tunai sebanyak RM 50 seorang dikenakan selama satu hari satu malam.
- Sekiranya pelanggan yang kumpulannya hanya 2 orang sahaja, bayaran RM 60 setiap seorang dikenakan. 
- Sekiranya anda inginkan "privacy" dan tak ingin diganggu oleh kumpulan lain, anda oleh "booking" satu kelong dengan bayaran RM 1000.


















Untuk anda datang ke sini, sekiranya anda dari Utara , keluar dari plaza tol Simpang Renggam dan menuju ke Pontian. Setibanya di Pontian, anda boleh berpandukan kepada papan tanda menuju ke Tanjung Piai atau Taman Negara Tanjung Piai. Sebelum anda tiba di Tanjung Piai, anda akan dapat melihat papan tanda Kelong Maswira kerana kedudukan Kelong Maswira hanya kira-kira 1.5 kilometer sebelum anda tiba di Tanjung Piai.